Wednesday, August 30, 2017

Bagaimana nak tahu sama ada bayi saya mengalami cirit-birit?


Najis bayi yang kadang-kala cair adalah normal. Tetapi bayi anda mungkin mengalami cirit-birit jika dia kerap membuang air besar yang cair dan tiada ketulan. Perhatikan gejala-gejala lain cirit-birit. Ini boleh termasuk muntah-muntahdemam, dan kadang-kadang darah atau lendir dalam najis bayi anda. 

Bayi baru lazimnya kerap membuang air besar, jadi anda mungkin risau sama ada bayi anda mengalami cirit-birit padahal ia normal untuk usianya. Kekerapan bayi anda membuang air besar juga terpulang sama ada dia mengambil susu badan atau formula. 

Ini ciri-ciri najis biasa:
  • 🔽Najis bayi menyusu badan yang baru lahir adalah kekuningan, dan agak lembik atau 🔽cair dan boleh berlaku sekerap lima kali sehari.
  • 🔽Kadang-kala, bayi yang menyusu badan akan membuang air besar semasa atau sebaik 🔽selesai menghisap susu ibu. Ini berlaku kerana apabila perutnya diisi penuh, susu itu 🔽boleh merangsang keseluruhan saluran usus bayi, menyebabkan pembuangan najis.

Dalam masa sebulan, kebanyakan bayi yang menyusu badan akan membuang air besar satu atau dua kali sehari sahaja. Pembuangan najis bagi bayi yang mengambil susu formula ialah sekali sehari. Najisnya biasanya agak kental dan berbau busuk. 

Apa yang menyebabkan cirit-birit?

Punca utama cirit-birit ialah virus yang bergelar rotavirus. Rotavirus menyebabkan gastroenteritis, satu infeksi usus. Infeksi ini menjejaskan lapisan dalaman usus. Lapisan yang terjejas itu menyebabkan kebocoran cecair dan membiarkan makanan lalu tanpa menyerap sebarang nutrien. Dalam sesetengah kes, rotavirus boleh membawa infeksi usus yang serius dan ternyahhidrat.

Vaksin anti rotavirus boleh didapati di klinik dan hospital bukan kerajaan. Anda perlu membayarnya sendiri.

Cirit-birit juga boleh disebabkan oleh:

Bagaimanakah saya merawat cirit-birit bayi saya?

Pastikan bayi anda minum banyak cecair untuk melegakan simptom-simptomnya dan mengelakkan daripada ternyahhidrat. Jika bayi anda mengambil susu badan atau formulanya dengan sempurna, teruskan amalan itu. Anda boleh cuba memberinya beberapa hirup air garam rehidrasi (oral rehydration salt solution atau ORS) beberapa kali dalam sejam. 

ORS membantu mengembalikan cecair dan garam yang hilang daripada badan akibat cirit-birit. Teruskan memberinya air dan susu badan atau susu formula seperti biasa. Jangan berikan dia jus buah, air glukos atau minuman berkarbonat. Gula yang tidak terserap akan menarik air ke dalam usus kecil dan menyebabkan cirit-birit semakin teruk.

Jangan berikan ubat anti-cirit-birit kepada bayi anda. Ia boleh mendatangkan kesan sampingan yang serius jika diberi kepada kanak-kanak di bawah umur 12 tahun.

Untuk mengelakkan bayi anda menjangkitkan cirit-birit kepada kanak-kanak lain, jangan bawa dia ke pusat jagaan atau taska sehingga sekurang-kurangnya 48 jam selepas episod cirit-biritnya yang terakhir. Dan jangan bawa dia berenang untuk dua minggu seterusnya.

Adakan bayi yang menyusu badan lebih terselamat dari cirit-birit?

Ya. Elemen tertentu dalam susu badan boleh mencegah pembiakan mikro-organisme yang menyebabkan cirit-birit. 

Haruskah saya hentikan makanan pepejal?

Tidak. Jika bayi anda berusia enam bulan ke atas, melainkan dia muntah-muntah dengan kerap, anda masih boleh memberikannya makanan pejal. 

Anda boleh memberi bayi anda makanan seperti pisang, nasi, puri epal dan roti bakar kering jika dia sudah mula makan makanan pejal. Untuk bayi lebih tua atau bayi bertatih anda boleh mencuba sedikit daging ayam dan makanan berkanji seperti kentang lecek dan pasta. 

Tapi, jangan bimbang jika dia tak mahu makan. Adalah lebih penting bagi dia minum untuk mengelakkan nyahhidrat. 

Bilakah saya harus menghubungi doktor?

Cirit-birit boleh membimbangkan jika ianya tidak berhenti selepas beberapa jam, tetapi selalunya ia boleh berhenti dengan sendiri. Jika anak anda membuang najis yang cair selama lebih daripada dua hari, jumpalah doktor. Kebimbangan yang utama berhubung cirit-birit ialah penyahhidratan, jadi janganlah bertangguh membawanya kepada doktor atau pakar kanak-kanak jika anak anda menunjukkan tanda-tanda seperti berikut:
  • 🔼kulit atau bibir kering;
  • 🔼lemah lesu;
  • 🔼menangis tanpa air mata;
  • 🔼ubun-ubun yang mengecut;
  • 🔼tangan dan kaki pucat;
  • 🔼air kencing kuning pekat;
  • 🔼kurang kencing berbanding biasa.

Anda juga perlu mendapatkan nasihat doktor jika anak menunjukkan simptom-simptom sekunder, yang agak jarang tetapi perlu diberi perhatian: 
  • 🔽cirit-birit dan muntah lebih daripada 24 jam;
  • 🔽demam lebih daripada 24 jam;
  • 🔽enggan minum apa-apa;
  • 🔽terdapat darah dalam najisnya;
  • 🔽perutnya membuncit.

Bagaimanakah saya dapat melegakan ketidakselesaan bayi saya?

Peluklah dia dan tenangkan hatinya seberapa boleh, dan pastikan punggungnya kering. Prihatin dan berlembutlah apabila menukar lampin kerana mudah untuk punggung bayi menjadi pedih akibat cirit-birit. Gunakan krim penghalang untuk mencegah ketidakselesaan jika cirit-birit berlarutan lebih dari sehari. Yakinlah bahawa bayi anda akan sembuh dalam sedikit masa. 

Bagaimanakah saya dapat mengelakkan bayi saya mendapat cirit-birit lagi?

Amalan kebersihan yang baik dapat mengurangkan kemungkinan berlakunya cirit-birit kerana bakteria penyebab cirit-birit mudah dipindahkan daripada tangan ke mulut. Oleh itu, cucilah tangan anda bersih-bersih dengan sabun selepas menggunakan tandas atau selepas menukar lampin bayi.

Sumber : www.babycenter.com.my


Tuesday, August 29, 2017

Bagaimanakah saya boleh merawat selesema dan Tips!

Tidak banyak yang boleh anda lakukan kecuali menunggu dan memberikan anak anda banyak rehat dan cecair (tingkatkan jumlah jus buah-buahan yang kaya dengan vitamin C). 
  • Jika hidung bayi anda tersumbat, tinggikan kepala tilam dengan meletakkan tuala di bawahnya. Tidur mencondong boleh melegakan hidung meleleh hingus. Jangan gunakan bantal untuk meninggikan kepala bayi anda (ia boleh menyebabkan bahaya mati lemas) dan jangan meletakkan bantal di bawah tilam.
  • Laplah hidungnya supaya dia boleh bernafas dengan lebih mudah. Anda boleh menyapu jeli petroleum di luar lubang hidung bayi anda untuk mengurangkan kerengsaan. Jika bayi anda sukar menyusu dengan hidung tersumbat, minta doktor anda mempreskripsikan larutan bergaram untuk diletakkan di setiap lubang hidung setiap 15 minit sebelum penyusuan. Sesetengah ibu bapa menggunakan bebuli penyedut untuk membersihkan dan mengeluarkan air bergaram dan mukus dari hidung bayi.
  • Cuba gunakan pengewap kabut dingin untuk melembapkan udara. Atau bawa bayi anda ke bilik mandi bersama anda, buka air panas atau pancuran mandi, tutup pintu dan duduk dalam keadaan berwap tersebut selama 15 minit. Jangan lupa menukar pakaian bayi anda selepas mandian berwap.
  • Jika bayi anda menghidapi hidung tersumbat tanpa sebarang simptom lain, periksakan lubang hidungnya kalau-kalau terdapat sebarang objek asing. Kadang-kadang kita tak tahu: bayi pun boleh meletakkan objek ke dalam hidung.


Jika badannya panas, anda boleh berikan dia cecair parasetamol di bawah pengawasan doktor. Jangan berikan dia sebarang ubat selesema tanpa berunding dengan pakar pediatrik atau doktor keluarga anda. Jika umur kanak-kanak itu kurang dari satu tahun, ubat selesema yang dibeli di kedai selalunya lebih membahayakan, dan ubat batuk sama kesannya dengan sirap yang tidak mengandungi sebarang ubat untuk melegakan simptom. 


Walaupun begitu, terdapat beberapa cara untuk melegakan ketidakselesaannya: 


Selesema adalah sebahagian daripada kehidupan. Setelah anda berjaya mengharungi selesema bayi anda buat kali pertama, anda akan tahu apa yang perlu dilakukan jika ia dijangkiti lagi.



++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


#Tips 1: Gunakan Garlic Oil


Bahan-bahan untuk sediakan Garlic Oil: 1 labu bawang putih, bakar tanpa minyak sampai keperangan dan ketuk ala-ala manja, cukup sekadar terbelah sedikit. Masukkan ke dalam minyak zaitun. Ibu boleh ramas-ramas sikit agar pati bawang putih tu bercampur dengan minyak. Kemudian sapukan di dada, belakang dan tapak kaki bayi sekerap yang boleh. Bawang putih adalah antibiotik semulajadi yang boleh membantu si comel 

#Tips 2: Gunakan Vicks

Ibu perlu membeli Vicks khas untuk bayi yang ada dijual di farmasi. Caranya, ambil sedikit Vicks, gosok-gosokkan di telapak tangan sehingga terasa panas, kemudian sapukan ke dada, belakang, tapak kaki bayi dan pakaikan stokin. Saya suka letakkan sedikit di hidung dan batang hidung bayi, tapi sedikit saja tau, takut pedas sangat dan mengganggu bayi. Selepas sapu, ibu boleh tinggikan bantal bayi agar dia mudah bernafas.

#Petua 3: Mandikan Dengan Air Suam
Ibu boleh mandikan bayi 3 kali sehari dengan menggunakan air suam. Letakkan sedikit minyak kayu putih dan mandikan bayi seperti biasa. Wap air yang bercampur dengan minyak kayu putih akan memberikan keselesaan kepada pernafasan bayi.
#Petua 4: Air Kunyit
Sediakan kunyit hidup. Gosok-gosokkan ke permukaan kasar, contohnya lesung untuk mendapatkan air kunyit. Sapukan air kunyit itu pada batang hidung bayi. Ini boleh mengelakkan hidung bayi tersumbat dan memberi kelegaan kepada pernafasan bayi. Selain itu, ibu juga boleh menumbuk kunyit hidup dan sapukan ke dada dan belakang bayi. Cara ni agak comot tapi kalau boleh merawat selesema bayi apa salahnya kan?
#Petua 5: Teknik Percussion

Ia boleh digunakan ketika bayi selesema atau batuk. Saya selalu praktikkan tanpa wap air, sekadar tepuk-tepuk saja kerana saya boleh lihat pernafasan anak saya ok sikit berbanding sebelumnya. Teknik ni amat mudah dibuat dan ia membantu melonggarkan kahak atau mengurangkan hidung tersumbat bayi tanpa perlu ke hospital. Selalunya, selepas sesi ni, bayi akan batuk, bersin atau muntah. Jika tidak muntah, kahak bayi akan keluar melalui najis.

Sumber : www.babycenter.com.my & www.ayachalo.com 



DEMAM, BATUK & SELSEMA, perlukah ubat?


Kebanyakan demam batuk dan selsema adalah disebabkan oleh virus. Jangkitan virus yang menyebabkan demam batuk dan selsema adalah kebanyakan masa boleh baik sendiri tanpa bantuan ubat (self-limiting). Badan akan mengambil masa beberapa hari untuk membina ketahanan diri dan melawan virus bagi sembuh. Dalam masa ini, jika tiada ubat diambil, kita masih akan sembuh dalam 3-5hari. Kebanyakan masa orang yang dijangkiti samada tiada demam atau ada demam pada tahap yang rendah.

Banyak orang akan berjumpa doktor bagi mendapatkan rawatan. Namun begitu, kebanyakan doktor akan hanya memberi ubat demam, batuk dan selsema tanpa memberi antibiotik. Ini kerana antibiotik tidak boleh merawat jangkitan yang disebabkan oleh virus. Selalunya antibiotik diberi kepada pesakit yang sangat berkemungkinan mempunyai jangkitan yang disebabkan oleh bakteria melalui hasil pemeriksaan doktor. Namun begitu, jika pesakit yang tidak menghabiskan antibiotik yang diberi, kuman boleh menjadi resistant terhadap antibiotik. Kuman ini boleh disebarkan kepada orang lain, dan mengakibatkan orang lain dijangkiti oleh kuman yang resistant terhadap antibiotik tersebut.

Berbeza dengan orang dewasa atau kanak2 yang sudah besar, doktor biasanya tidak memberi ubat selsema dan batuk kepada bayi yang kurang daripada 1 tahun. Ini kerana ubat ini tidak sesuai untuk mereka. Seperti yang saya katakan sebentar tadi, batuk dan selsema disebabkan oleh virus ini boleh baik dengan sendiri kerana badan akan membina antibody bagi melawan virus tersebut. Ibu bapa hanya perlu pastikan hidung bayi tersebut tidak tersumbat bagi mengelakkan gangguan pernafasan kepada bayi. Bayi yang sukar untuk bernafas biasanya akan selalu merengek kerana sukar untuk tidur dan makan. Selain daripada itu, jika mereka ada bunyi seperti kahak yang terlalu banyak, tepuklah belakang dada mereka dengan perlahan (chest physio) bagi melembutkan kahak tersebut dan memudahkan mereka samada untuk menelan atau memuntahkan kahak tersebut (sudah tentu bayi tidak pandai membuang kahak dengan sendiri seperti orang dewasa).

Kaedah yang sama boleh diguna pakai untuk kanak2 yang masih kecil. Ini penting bagi mengelakkan mereka mempunyai kahak yang terlampau banyak sehingga mereka sesak nafas dan mempunyai kemungkinan untuk mendapatkan jangkitan paru-paru. Selalunya doktor akan memberi ubat batuk jenis (expectorant) kepada kanak2 kecil untuk membolehkan mereka terus batuk dan mengeluarkan kahak. Ubat batuk ini tidak perlu dimakan sekiranya kahak mereka tiada atau sudah sangat cair dan berwarna putih. Jika berterusan diberi ubat batuk jenis expectorant ini, kanak2 tersebut akan terus batuk kerana ubat ini boleh merangsang mereka untuk batuk. Ubat untuk berhentikan batuk adalah dari jenis antitussive. Namun begitu ubat ini biasanya tidak diberi kepada kanak2 kerana kebanyakan daripada mereka masih tidak begitu pandai untuk membuang kahak tersebut dengan sendiri.

Jadi, kesimpulannya;

- jangan minta antibiotik kepada doktor. Jika doktor tidak beri, ada kemungkinan anda sebenarnya tidak memerlukan antibiotik
- bayi berumur 1 tahun ke bawah, pastikan hidung mereka tidak tersumbat 
- its ok kalau bayi atau kanak2 memuntahkan kahak mereka sebab mereka tidak pandai mengeluarkannya sendiri
- jika doktor beri antibiotik, sila makan mengikut masa yang ditetapkan sehingga habis
- jangan berharap anak anda akan berhenti batuk sekiranya anda berterusan memberi mereka ubat batuk jenis expectorant (tanya doktor anda ubat itu jenis apa)
- berjumpa dengan doktor sekiranya mempunyai demam yang tinggi (lebih daripada 38.5'c) secara berterusan selain daripada batuk dan selsema



Sila beritahu kepada semua ibubapa di luar sana! 










Petua Banyakan Susu Badan



Terdapat beberapa sebab berlakunya keadaan dimana ibu merasakan susu yang dihasilkan semakin berkurangan. Keadaan ini mungkin disebabkan si ibu tidak memulakan penyusuan awal atau tidak menyusukan bayi dengan kerap. Sekiranya si ibu menyusukan anak secara eksklusif bermula sebaik sahaja bayi dilahirkan, susu akan keluar melimpah-limpah dan payudara sentiasa penuh walaupun baby sedang menyusu, ini kerana semasa baru melahirkan (berpantang), badan ibu belum adjust dgn hormon yg dihasilkan. Namun, setelah beberapa bulan,badan ibu sudah adjust sepenuhnya pada hormon dan susu yang dihasilkan akan mengikut keperluan baby, kalau ibu menyusukan anak secara eksklusif dan anak menghisap kedua2 belah payudara, maka susu yg terhasil banyak (walaupun tak sebanyak semasa berpantang). Ada berbagai2 cara untuk menambahkan penghasilan susu badan, antaranya ialah :

1. Susukan bayi bila-bila masa dia berasa lapar : Lebih banyak bayi menyusu lebih banyak susu yang akan terhasil.

2. Susukan bayi pada kedua-dua belah payudara sehingga bayi itu sendiri yang melepaskan puting setelah dia kekenyangan. Ini akan meransang lebih banyak penghasilan susu.

3. Jarak antara penyusuan mestilah tidak melebihi 2 jam. Susukan sekerap yang boleh, berikan bayi peluang untuk menghisap dari payudara untuk merangsang penghasilan susu

4. Jangan lupa untuk berasa tenang sewaktu menyusukan bayi. Ini kerana perasaan tertekan atau kurang keyakinan tentang kemampuan untukmenyusukan bayi juga boleh menyebabkan susu berkurangan. Dapatkan rehat yang secukupnya.

5. Dinasihatkan tidak memberi bayi makanan lain selain daripada susu badan terlalu awal, seperti makanan tambahan, jus2, air masak atau buah-buahan kepada bayi berumur kurang 6 bulan, kerana apabila baby mendapat makanan tambahan, bayi akan kurang menyusu dan ini sekaligus akan mengurangkan penghasilan susu pada ibu.

6. Penghasilan susu juga boleh terjejas akibat pemakanan. Bagi memastikan anda makan dengan betul, anda boleh melakukan perkara-perkaraberikut:
• Ambil hidangan seimbang berpandukan Panduan Piramid Pemakanan.
• Banyakkan minum air (digalakkan air Kosong suam) sepanjang hari.
• Hanya ambil suplemen jika dinasihatkan oleh doktor.
• Makan pelbagai jenis makanan yang kaya dengan nutrien.

7. Amalkan surah Al-Baqarah ayat 60 atau surah hujurat dan sapu di kedua belah payudara. Sambil menyusukan, sentiasalah usap rambut bayi, cium bayi.

8. Petua masyarakat kita:

* Cekur Manis

Cekur manis (atau nama lain pucuk manis) digunakan dalamperubatan tradisional untuk membanyakkan susu ibu. Caranya daun cekur manis yang telah dihancurkan ditampal pada payu dara ibu, dibasuh selepas kering. -Portal herba melur.com

* Kacang Tanah

Kacang tanah mengandungi protein yang tinggi, zat besi,vitamin E, kalsium, vitamin B kompleks dan fosforus. Malah kandungan protein dalam kacang tanah adalah jauh lebih tinggi dari daging, telur dan kacang soya. Ia juga mengandungi asid amino yang tinggi. Bagi menambah kandungan susu badanibu yang menyusukan bayi, digalakkan mengambil kacang tanah yang dipanggang bersama susu kambing. Bagi bayi yang alah terhadap kacang tanah, ibu-ibu dinasihatkan tidak mengamalkan petua ini

* Air Longan

Longan kering biasanya boleh dibeli di pasaraya atau kedaiubat cina. Rebus segenggam longan kering yang telah dibasuh bersih dengan 3cawan air sehingga kembang. Minum airnya. (Dalam perubatan tradisional Cina,longan dikatakan dapat menenangkan jiwa.)

* Halba dan Jintan Hitam

Terdapat beberapa jenis rempah yang biasa digunakan dalammasakan dapat menambahkan susu badan. Paling popular ialah halba. Halba bolehdidapati di kedai runcit mamak atau pasaraya besar. Cuci halba, keringkan,kemudian simpan dalam bekas bertutup. Antara cara yang paling sesuaimengambilnya dengan tidak memudaratkan appendiks ialah dengan merendamkansesudu halba dalam segelas air panas selama 15 minit. Tapis dan minum airnyasahaja. Jintan hitam (habbatus sauda) juga boleh diambil untuk tujuan dankaedah yang sama seperti halba

* Bunga Melur

Bunga melur atau nama saintifiknya Jasminum Sambac banyakdigunakan dalam perubatan terutamanya dalam perubatan ayurveda oleh masyarakatindia. Bagi masyarakat melayu antara kegunaannya ialah untuk menambahkan airsusu ibu. Caranya daun bunga melur digiling hingga halus dan ditampalsekeliling payudara diwaktu pagi sebelum mandi. Cuci bersih sebelum menyusukanbayi.

Bagi ibu yang berhasrat memberhentikan susu ibu pula,gunakan daun bunga melur untuk tujuan ini. Caranya, tumbuk lumat daunnya danditampal pada payudara. Lobak putih sangat bagus untuk ibu menyusu.Jika anda menambahkan sotong kering ke dalam sup lobak putih, ia berupayamenambahkan lagi susu badan. Walaupun bersifat sejuk, ia mengandungi banyakvitamin dan mineral. Sumber potassium, folat dan vitamin C yang sangat baik. 

* Lobak Putih

Tidak perlu dimasak dan boleh dimakan begitu saja (mcm mknulam!) lobak putih dibuang kulitnya dan dihiris boleh ditambah dgn hirisanbawang besar beserta kicap. atau tambah hirisan bawang beserta garam.

* Pucuk Betik

Air rebusan daun betik muda boleh melancar dan menambahkansusu bagi ibu-ibu yang menyusui bayi mereka dengan susu badan. Rebus beberapahelai daun betik yang sederhana muda. Air rebusan tersebut hendaklah diminumdua hingga tiga kali sehari.

* Tuaman Daun Sirih

Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudianlayurkan pada api sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada buah dada. Lakukansetiap hari sehingga susu badan anda banyak

* Jantung Pisang

Jantung pisang bukan sahaja sedap dimakan, ia juga berkesanuntuk menambahkan susu badan bagi ibu yang mengalami kekurangan susu badan.Makan dengan dicelur bersama sambal belacan, dibuat kerabu atau dibuat gulaimasak lemak cili api.

* Makanan Tinggi CLA

Ibu menyusu yang makan makanan tinggi kandungan conjugatedlinoleic acid (CLA) boleh meningkatkan kandungan kumpulan asid lemak ini dalamsusunya. Asid-asid lemak ini mempunyai pelbagai kebaikan dalam penjagaankesihatan antaranya kesan anti kanser, anti oksida, pengurangan berat badan danpengurangan risiko sakit jantung.

Dalam kajian yang didedahkan dalam Jurnal Kajian Pemakananini, susu perahan ibu menyusu yang makan biskut diperkaya CLA ini didapatimempunyai kandungan asid lemak lebih 46% berbanding ibu menyusu yang makanbiskut biasa. CLA dalam susu ibu mencapai tahap tertingginya selepas 8 ke 28jam ibu-ibu memakan biskut khas ini.

Kandungan CLA yang tinggi secara semulajadinya terdapatdalam makanan seperti susu, keju, telur, minyak sayuran dan sesetengah jenisdaging (ayam, daging lembu dan kambing yang makan rumput - bukan bijirin).Kebanyakan kajian tentang CLA dan kesannya terhadap manusia menggunakansupplement komersial.

* Kurma

Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurmaadalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi Ibu-ibu yangmempunyai masalah kekurangan susu, maka dengan memakannya dapat menggalakkanpertambahan kandungan susu



+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++



Antara makanan yang mungkin menambah penghasilan susu ibu

1. Makanan mengandungi vitamin B seperti kekacang, dal.
2. Jambu batu – makan begitu sahaja.
3. Sawi, kacang panjang, kacang buncis, jagung muda – goreng atau sup.
4. Daun atau pucuk meranti masak lemak putih, tumis air ataugoreng.
5. Oat – dijadikan minuman, biskut, bubur atau salutan padamakanan
sebelum dimasak.
6. Madu – gunakan sebagai pemanis dalam minuman, sapuan padaroti atau cicah pada lempeng susu beroat
7. Red raspberry leaves – suplemen dari farmasi
8. Barli – air atau bubur barli.
9. Pucuk manis – masak lemak bersama ubi keledek.
10. Pucuk pegaga – dijadikan ulam atau jus.
11. Daun kucai – goreng bersama tauge dengan tauhu dan tempe.
12. Air soya dan produk soya seperti tauhu, taufufa, tempe
13. Air horlicks
14. Susu, produk tenusu dan pil kalsium (ibu menyusu akanmenyalurkan kalsiumnya pd anak yang disusuinya. Ini akan menyebabkan ibu kurang kalsium. - Kalau taknak tulang reput cepat n gigi goyang berderai cepat, mknlahkalsium ya!)
15. Teh hijau jepun
16. Makanan mengandung yis seperti roti, donut, tapai pulutdan sebagainya.
17. Bawang putih mengandungi banyak sulfur yang bagus untuksendi dan membantu penghasilan susu.
18. Kacang merah : rebus kacang merah tanpa gula. Minum airdan kacangnye sekali.
19. Ubat homeopati.


Makanan :- 

- Lobak putih; boleh dimasak buat sup atau jus
- Bayam
- Broccoli; sumber kalsium yang baik.
- Sawi
- Cekur Manis - dimasak rebus/lemak manis. Atau dihancurkanditampal pada payu dara ibu, dibasuh selepas kering.
- Pegaga, daun pucuk betik, jantung pisang; dimakan sebagaiulam, rebus atau urap. Urap tu campuran kelapa, daun, bawang merah, bawangputih, ikan bilis/ udang kering.
- Kacang Hijau; bubur kacang hijau
- Kacang Tanah; kacang tanah yang dipanggang bersama susukambing
- Daun Kucai; daun kucai dan ikan bilis secukupnya danrebus, makanlah bersama-sama nasi.
- Petola, daun turi; masak lemak manis
- Kacang Buncis
- Kacang Dal; makan dengan roti canai
- Pucuk betik
- Roti; segala jenis roti especially roti planta
- Kurma; makan begitu sahaja atau buat jus
- Madu; sebagai pemanis dalam minuman
- Kismis; 7 biji setiap pagi, tengahari dan malam
- Ikan Tenggiri
- Sengkuang Cina
- Biskut bijirin -
- Buah Laici, Longan, Mata Kucing, Rambutan - bukan yangdalam tin / di proses
- Halba - masak dengan nasi (nasi dagang)

Minuman :-

- Air masak; minum lebih 3 liter sehari
- Susu; Susu Anmum Breastfeeding yang paling sesuai.
- Longan Kering; Samada dibuat jus atau dimakan begitusahaja / direbus
- Halba; rendam dan minum airnya. Boleh juga telan sesudukecil dengan air suam
- Oat; boleh ditambah dalam minuman/makanan
- Amalkan minum milo/nestum/ horlicks
- Amalkan meminum air rebusan buah pala/jus pegaga/spirulina
- Soya
- Kurma; makan begitu sahaja atau buat jus
- Air Kelapa
- Air Sengkuang Cina; boleh beli yangg dalm tin jenamaseason F&N atau buat sendiri, kisar buah sengkuang rebus dengan sedikitgula
- Daun betik;rebus beberapa helai daun betik yang sederhanamuda. Air rebusan tersebut hendaklah diminum dua hingga tiga kali sehari
- Lobak putih;parut lobak putih dan kisar hingga halus.Campurkan dengan satu gelas air suam. Minum dua kali sehari. Atau campurkanlobak putih dan lobak kuning, dikisar dan ambil patinya, bancuh dengan susuminum.
- Milkmaid tea
- Melilea Organic Soya Drink
- Autumnz Organic Nursing Tea
- Joy Angel Nursing Tea

Makanan Tambahan:-

- Pil Kalsium
- Obimim
- Omega 3
- Vitamin C
- Jamu yang membanyakkan air susu contoh PIL ASI, jamu nonaroguy (phytonatal)
- Alfalfa (Shaklee)
- Bidadari (DCL)
- GNC fenugreek - Halba dlm bentuk kapsul keluaran GNC
- Habatussauda
- Organic Spirulina
- Melilea Greenfield Organic
- ML; Goat's Rue Vegetarian Capsules
- ML; More Milk Plus Vegetarian Capsules
- ML; More Milk Special Blend Alcohol-free tincture (2oz)


++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


Zikir dan Doa

- Berzikir dgn kalimah YA MATIN (Maha Sempurna KekuatanNya) 70 kali setiap hari. Waktu yg paling bagus adalah pada waktu malam dan subuh.Anda juga boleh bacakan zikir tersebut dan hembuskan ke dalam segelas air laludiminum.
- Baca doa untuk ibu-ibu- "Ya ALLAH...permudahkanlah segalaurusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlahperjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkausyariatkan...AMIN..."
- Baca Selawat dan bismillah sebelum menyusu dan mengepam.
- Baca surah albaqarah ayat 60; letakkan tangan padapayudara, usap, dan doa dalam hati semoga Allah murahkan rezeki anak kita &supaya kita mampu keluarkan susu yang cukup pada anak kita hinggasekurang-kurangnya umurnya 2 tahun...InsyaAllah
Maksud ayat : Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supayadiberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: "Pukullah batu itu dengantongkatmu", (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belasmata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahuitempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): "Makanlah danminumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencanakerosakan di muka bumi".


Lain-lain Amalan

- Selalu bersihkan puting untuk memudahkan liang-liang susukeluar dgn laju
- Kerapkan pengepaman setiap 2-3 jam sekali masa didalampantang, insyallah susu akan berlebihan nanti.
- Kerapkan pengepaman waktu malam, kerana waktu malamlahyang merangsangkan hormon payudara untuk membanyakkan air susu.
- Wajib mengurut badan satu bulan sekali. Boleh betulkanperjalanan urat-urat payudara.
- Pam susu sambil lihat muka anak atau gambar anak ditelifon bimbit atau bayangkan wajah comel anak yang menjadi segala-galanyadalam hidup.
- Sentiasalah berdoa pd Allah, semoga diberi ketenangan dandibanyakkan air susu. Usaha dan tawakkal adalah sebaiknya. Elok diamalkanselepas solat, sebelum mulakan sesi mengepam, semasa mengepam dan selepas pam.
- Rehatlah secukupnya. Jauhi stres kerana stres akanmenyebabkan hormon oksitosin terencat, sekaligus merencat pemancutan susu ibu.Bawa bayi tidur bersama anda setiap masa anda dengan bayi (hari cuti).
- Susuilah bayi dengan kedua-dua belah payudara sehinggabayi sendiri yang melepaskan puting setelah dia tertidur kekenyangan. Ini akan meransanglebih banyak penghasilan susu.
- Ibu juga digalakkan memerah susu pada sebelah payudara sambil bayi menghisap payudara yang satu lagi

Wajib ditinggalkan!

- Minuman Ais
- Minuman bergas

Bertenang sama ada semasa menyusu bayi atau sesi mengepam. Sedikit tekanan pun boleh kurangkan pengeluaran susu.

"REZEKI SEMUANYA DATANG DARI ALLAH SWT"


Bagaimana nak tahu sama ada bayi saya mengalami cirit-birit?

Najis bayi yang kadang-kala cair adalah normal. Tetapi bayi anda mungkin mengalami cirit-birit jika dia kerap membuang air besar yang ca...